Monday, June 28, 2010

Prince Charmin Sebenar - Bab 3


Tahun ini, sekolah ELC telah mengadakan pertukaran pelajar ke United State. Musim sejuk di UK bermula. Suhu sekeliling menjadi -5 darjah. Aku yang memakai muffler dan sweater biru laut sibuk membina mr snowman bersama Suria. Suria yang serba pink melemparku dengan satu bola salji. Kurang asam betul. Aku juga melemparnya. Musim sejuk di sini jauh lebih meriah berbanding Auster. Mungkin kerana suhunya yang agak tinggi berbanding suhu di Auster. Satu kelebihan musim sejuk ialah, kita tak payah kerap mandi sebab kita tak sempat berpeluh pun. Wah, tak payah mandi dahlah dapat makan soup hari-hari.

Satu snowman berjaya dibina. Aku dan Suria berbaring di atas permukaan salji itu. Aku terlihat Azri. Ya, itu Azri. Aku lihat Azri berjalan dengan perlahan dan terbongkok-bongkok. Pelik, nape Azri jalan macam tu.

“babe, cuba tengok si Azri tuh”

“Ok je aku tengok, Ella. Cuma kenapa Azri jalan macam tu. Eh, dia duduklah”

“ada yang tak kenalah. Let’s check it out”

Azri terduduk. Rasa ngilu yang dirasakan pada jantungnya semakin kuat. Jantungnya bagai dicucuk jarum yang tajam berulang kali. Aduh, sakitnya. Dadanya sesak dan berat. Ingin menarik nafaspun dia tidak mampu. Ya Allah, adakah kau akan menarik nyawaku sekarang. Ya Allah, izinkan aku menemui ibuka dahulu. Azri bangun. Sweater dan muffler yang membaluti tubuhnya ditanggalkan. Dia merasakan pandangannya kabur. Kepalanya berat dan akhirnya dia jatuh menyembah bumi yang bersalji. Salji yang lebat menyebabkan badannya ditutupi sedikit salji.

Aku tiba saat Azri jatuh. Aku dan Suria terpaku sebentar sebelum menjerit meminta tolong. Mujurlah handphoneku kubawa. Kami menelifon hospital. Ambulance tiba dan Azri diusung masuk ke dalam van itu. Aku dan Suria diarahkan masuk dan mengikut Azri.

Aku dan Suria terduduk mendengar cerita yang terbit dari mulut Pn Syarifah Salwani. Semua persoalanku yang menjadi tanda tanya kini terjawab. Azri menjadi begitu kerana masalah jantung berlubang yang menimpanya sejak dua tahun kebelakangan ini. Patutlah dia mengasingkan diri dan kelihatan pucat sepanjang waktu. Bibirnya biru dan dia sering menghilang sebaik sahaja kelas sukan dimulakan. Aku mengerti sekarang.

3 jam berlalu begitu pantas. Sebaik sahaja pintu kecemasan dibuka, kami mengerumuni doctor yang merawat Azri.

“No need to worry, Pn. May I know, bulan ni dah berapa kali dia pitam macam tu”

“4 kali setakat ini”

Aku mencongak. Bulan ini baru masuk 2 minggu. Maknanya dalam masa 2 minggu sudah 4 kali dia pitam.

“Ermmm, kerap juga. Azri memang kuat. Dia kuat semangat. Dia hanya menyebut Allah dan nama Puan sepanjang saya merawatnya tadi. Dia memang tabah. Azri terlalu letih mungkin kerana pertukaran musim yang berlaku sekarang ni. Puan jangan bimbang sangat. Kita bincang di bilik saya. kalau adik nak tengok Azri boleh.” Kata doctor Armani.

Aku dan Suria membuka pintu ini perlahan-lahan. Azri sedang tidur. Wajahnya pucat sekali. Aku dan Suria duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil. Azri terjaga 15 minit kemudian. Dia seperti ingin bangun.

“kau nak bangun. Biar kitorang tolong” kata Suria. Kami membantu Azri bersandar pada birai katil. Dia mencuba mencapai gelas yang berisi air. Aku lantas mencapai dan menghulurnya. Azri mengetap bibir.

“Kau nak pasang heater tak. Kau nak blanket lebih. Nak sweater??” soalku. Wajah Azri memerah.

“Dah cukup!! Jangan layan aku macam orang yang dah nak mati boleh tak. Aku benci tahu tak. Baliklah, aku serabut tahu tak! Balik, balik!” kata Azri keras. Selepas itu, dadanya dipegang. Aku dan Suria cemas. Kami mencuba membantu tetapi ditepis Azri.

“Balik!! Jangan malukan aku lagi” jerit Azri. Aku dan Suria terkejut. Kami keluar. Jangan malukan aku lagi?? Apa maksud Azri tadi. Bila masa aku ngan Suria malukan dia. Tak kenang budi langsung. Bukan nak ucap thanks ke terima kasih ke..ni siap kena marah lagi.

Aku terlihat mama Azri yang menangis di kerusi. Ayah Azri turut resah. Apa sebenarnya yang berlaku. Ada apa dengan Prince Charmingku??

1 comment: