“ Setiap pertemuan, perpisahan, jodoh, dan kematian sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi ,” Iwan sempat menangkap beberapa patah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz itu dari jauh. Setahu dia, sudah lebih 30 minit dia berdiri di tepi pagar sekolah itu. Dia sendiri tidak sangka dia akan terlewat untuk ke sekolah pada pagi itu. Sekarang tak pasal-pasal kena denda. Inilah padahnya kalau layan TV sampai lewat malam. Dia tercari-cari bangku untuk duduk, tetapi setelah dia melihat kelibat Cikgu Idris, guru disiplin yang berada tidak jauh dari situ, dia membatalkan niatnya itu. Bimbang kalau akan dijerkah lagi oleh guru tergarang di sekolah itu nanti.
Beberapa ketika kemudian, dia terdengar bunyi seperti enjin motor dari luar pagar sekolah. Lalu dia cuba mengintai-intai ke luar pagar itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan berpakaian uniform sekolah dengan sebuah beg disandang di atas bahunya. “ Biar betul! Pukul 8.30 pagi baru datang?? Aku ingat aku ni paling lewat, tapi rupanya ada lagi yang lebih lewat dari aku rupanya ,” bisik hati Iwan.
“ Hoi!!! ,” kedengaran suara yang lantang menjerkah pelajar perempuan itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Cikgu Idris. Oleh kerana terperanjat, pelajar yang sedang menuntun motornya untuk dibawa masuk ke kawasan sekolah tiba-tiba terlepas motor yang dipegangnya itu. Serentak dengan itu, motor itu terbalik dengan satu bunyi yang agak kuat. Melihat kejadian itu, Iwan mula ketawa terbahak-bahak. Cikgu Idris yang mendengar tawanya itu mula melontarkan pandangan yang tajam kepadanya.
Menyedari itu, dia segera menghentikan tawanya itu. Bella kelihatan muram sekali. Apa tidaknya, motornya habis jahanam gara-gara kena jerkah oleh Cikgu Idris itu tadi. Tambahan pula dia terpaksa berdiri di sebelah lelaki yang sejak dari tadi asyik tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah la muka, gaya, penampilan sebiji macam pesakit Tanjung Rambutan. Dia menjeling tajam kepada Iwan. Walaubagaimanapun, Iwan terus tersengih teringatkan tentang kejadian beberapa minit tadi.
“ Woi, apa yang lucu sangat tu? Sampai kau tersengih sampai ke telinga tu? ,” Bella yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku Iwan itu mula bersuara.
“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya aku pinjam mulut kau ,” balas Iwan pula.
“ Motor kau macam mana? Tak ada sendi-sendi mana yang patah ke? ,” sambung Iwan lagi cuba menyindir Bella diiringi dengan tawanya.
“ Motor aku, lantak la nak patah sendi ke, putus urat ke. Yang kau sibuk tu apasal?,” balas Bella pula. ‘ Aku tengah bad mood ni, boleh pula dia ketawa ’desus hatinya.
Iwan masih tersengih sendirian kerana dapat menyakat gadis di sebelahnya itu. Menyakat orang, memang itulah hobinya. Hampir satu jam telah berlalu, akhirnya perhimpunan pagi yang diadakan itu tadi telah berakhir. Dan sepanjang tempoh itulah Bella dan Iwan terpaksa berdiri di tepi pagar sekolah itu.
“ Ha, kamu berdua! Mari sini!!,” panggil Cikgu Idris setelah semua pelajar bersurai. Kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangannya.Rotan!! Iwan dan Bella mula kelihatan cemas. “ Kau pergi dulu la ,” kata Bella sambil menolak sedikit Iwan ke depan.
“ Eh, apa kau ni? Aku ni lelaki gentleman, tahu? Aku selalu pegang prinsip ladies first. So, kau jalan dulu, aku ikut belakang ,” kata Iwan.
“ Hoi, cepatlah!!! ,” jerkah Cikgu Idris. Dengan serta-merta Iwan berjalan pantas menuju ke arah Cikgu Idris. “ Hah, ladies first konon ,” kata Bella dalam hati sambil tersenyum sendirian. Perhatiannya tertumpu pada kaki jejaka itu. Aik?? Takkan terseliuh kot...
“ Kamu, kenapa lewat? ,” tanya Cikgu Idris sambil memandang ke arah Bella.
“ Err.. saya.. saya terlewat bangun cikgu ,” jawab Bella tergagap-gagap.
“ Bangun lewat?? Nak sekolah ke tak nak ni? Hulurkan tangan! ,” lalu Bella menghuluran tangannya perlahan-lahan. Dia dapat lihat Iwan yang berdiri di sebelahnya sedang menahan tawanya. Pap! Pap! Dua kali rotan telah diberikan kepada Bella. Tangannya berasa sangat perit.
Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Iwan bersama Cikgu Idris. Dari jauh, dia berhenti seketika untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Cikgu Idris kepada Iwan.
“ Mana tie kamu? Lencana tak pakai! Hulurkan tangan kamu!,” tinggi suara Cikgu Idris. Bella dapat dengar 4 kali rotan telah diberikan kepada Iwan. Lebih banyak daripadanya, mungkin kerana kesalahan disiplin yang dilakukannya itu. Bella ketawa sendirian, dari jauh kelihatan Iwan sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Lalu dia segera berlari pergi dan menuju ke kelasnya.
“ Hoi!!! ,” kedengaran suara yang lantang menjerkah pelajar perempuan itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Cikgu Idris. Oleh kerana terperanjat, pelajar yang sedang menuntun motornya untuk dibawa masuk ke kawasan sekolah tiba-tiba terlepas motor yang dipegangnya itu. Serentak dengan itu, motor itu terbalik dengan satu bunyi yang agak kuat. Melihat kejadian itu, Iwan mula ketawa terbahak-bahak. Cikgu Idris yang mendengar tawanya itu mula melontarkan pandangan yang tajam kepadanya.Menyedari itu, dia segera menghentikan tawanya itu. Bella kelihatan muram sekali. Apa tidaknya, motornya habis jahanam gara-gara kena jerkah oleh Cikgu Idris itu tadi. Tambahan pula dia terpaksa berdiri di sebelah lelaki yang sejak dari tadi asyik tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah la muka, gaya, penampilan sebiji macam pesakit Tanjung Rambutan. Dia menjeling tajam kepada Iwan. Walaubagaimanapun, Iwan terus tersengih teringatkan tentang kejadian beberapa minit tadi.
“ Woi, apa yang lucu sangat tu? Sampai kau tersengih sampai ke telinga tu? ,” Bella yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku Iwan itu mula bersuara.
“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya aku pinjam mulut kau ,” balas Iwan pula.
“ Motor kau macam mana? Tak ada sendi-sendi mana yang patah ke? ,” sambung Iwan lagi cuba menyindir Bella diiringi dengan tawanya.
“ Motor aku, lantak la nak patah sendi ke, putus urat ke. Yang kau sibuk tu apasal?,” balas Bella pula. ‘ Aku tengah bad mood ni, boleh pula dia ketawa ’desus hatinya.
Iwan masih tersengih sendirian kerana dapat menyakat gadis di sebelahnya itu. Menyakat orang, memang itulah hobinya. Hampir satu jam telah berlalu, akhirnya perhimpunan pagi yang diadakan itu tadi telah berakhir. Dan sepanjang tempoh itulah Bella dan Iwan terpaksa berdiri di tepi pagar sekolah itu.
“ Ha, kamu berdua! Mari sini!!,” panggil Cikgu Idris setelah semua pelajar bersurai. Kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangannya.Rotan!! Iwan dan Bella mula kelihatan cemas. “ Kau pergi dulu la ,” kata Bella sambil menolak sedikit Iwan ke depan.
“ Eh, apa kau ni? Aku ni lelaki gentleman, tahu? Aku selalu pegang prinsip ladies first. So, kau jalan dulu, aku ikut belakang ,” kata Iwan.
“ Hoi, cepatlah!!! ,” jerkah Cikgu Idris. Dengan serta-merta Iwan berjalan pantas menuju ke arah Cikgu Idris. “ Hah, ladies first konon ,” kata Bella dalam hati sambil tersenyum sendirian. Perhatiannya tertumpu pada kaki jejaka itu. Aik?? Takkan terseliuh kot...
“ Kamu, kenapa lewat? ,” tanya Cikgu Idris sambil memandang ke arah Bella.
“ Err.. saya.. saya terlewat bangun cikgu ,” jawab Bella tergagap-gagap.
“ Bangun lewat?? Nak sekolah ke tak nak ni? Hulurkan tangan! ,” lalu Bella menghuluran tangannya perlahan-lahan. Dia dapat lihat Iwan yang berdiri di sebelahnya sedang menahan tawanya. Pap! Pap! Dua kali rotan telah diberikan kepada Bella. Tangannya berasa sangat perit.
Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Iwan bersama Cikgu Idris. Dari jauh, dia berhenti seketika untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Cikgu Idris kepada Iwan.
“ Mana tie kamu? Lencana tak pakai! Hulurkan tangan kamu!,” tinggi suara Cikgu Idris. Bella dapat dengar 4 kali rotan telah diberikan kepada Iwan. Lebih banyak daripadanya, mungkin kerana kesalahan disiplin yang dilakukannya itu. Bella ketawa sendirian, dari jauh kelihatan Iwan sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Lalu dia segera berlari pergi dan menuju ke kelasnya.
No comments:
Post a Comment