Sunday, November 14, 2010

Prince Charming Sebenar - Bab 4


Wajah Bella kelihatan risau. Dia tertunduk-tunduk mencari di mana dia tinggalkan pursenya itu tadi. Merata tempat sudah dia cari. Kali ini, sudah kali kedua dia datang ke kantin untuk mencarinya. Suasana dalam sekolah itu kian sunyi sekarang kerana para pelajar telah pun pulang. Walaubagaimanapun, dia terus mencari-cari beg duitnya itu. Kalau purse itu hilang, habislah dia! Hilang duit tak apa, tapi di dalamnya ada kad pengenalannya.

“ Hoi, kau buat ape tertunduk-tunduk tu? ,” kedengaran satu suara dari belakangnya. Bella berpaling, namun setelah dia melihat Iwan yang menegurnya, dia meneruskan semula pencariannya tanpa mempedulikan Iwan.

“ Kau cari apa? Biarlah aku tolong sekali ,” kata Iwan sambil menjengukkan mukanya di bawah bangku ketika Bella mencari di bawah bangku itu. Bella segera mengalihkan wajahnya dan mencari di tempat yang lain pula.

“ Kau nak tahu tak, aku boleh baca fikiran kau sekarang. Aku boleh tahu apa yang kau sedang cari ,” kata Iwan. Bella masih tidak menghiraukannya lagi.

“ Kau cari purse kan? ,” kata Iwan.

“ Yer la... Aku cari purse aku la ni. Kau ni menyibuk je la kat sini, boleh tak kau pergi jauh-jauh sikit? ,” kata Bella. Iwan tersenyum sendirian. “ Ok ,” katanya ringkas sambil melangkah kakinya untuk pergi dari situ. Serentak dengan itu, Bella terhenti seketika. Dia terfikir sendirian. Kemudian, dia berpusing dan memanggil Iwan yang masih tidak jauh dari kantin itu. Iwan yang mendengar namanya dipanggil itu tersenyum sendirian.

“ Macam mana kau tahu?? Kau yang curi purse aku tu kan??! Bagi balik purse aku! Mana purse aku??!,” jerit Bella. Iwan hanya ketawa melihat kelakuan Bella itu.

“ Eh, kau nak ketawa ke apa ke, aku tak kisah.. Tapi bagi balik purse aku!!! ,” kata Bella lagi dalam nada marah. Iwan masih terus ketawa. Kali ini Bella benar-benar naik angin, lalu dia membuang kasut yang dipakai dikakinya itu lalu memegangnya untuk dilontarkan kepada Iwan.

“ Eh, apa kau nak buat ni?? ,” tanya Iwan. Serentak dengan itu dia mula melarikan diri. Bella terus mengejarnya dengan sebuah kasut tergenggam kemas di tangannya.

“ Bagi balik purse aku!! ,” jerit Bella.

Maka, bermulalah agenda kejar mengejar......

“Tae-Kyung!!!!” jeritan Miss Alice memecahkan lamunan Bella.

Masing-masing berpaling ke arah datangnya suara itu.

Dari jauh kelihatan Miss Alice atau sekarang ni Mrs Robert berlari-lari anak dalam gaun putihnya yang labuh. Destinasi pertamanya, sudah tentulah ke arah ‘pengambil purse semulajadi’.

‘La... mamat ni ke.. Dah la semua balingan kasut aku xkena.. Siap tak pulang lagi purse aku. Ada ke patut dia bagi balik kad pengenalan aku n bagi sume isinya tapi tak pulang purse. Tak ke biul namanya tu.’

“At last you’re coming my dear!” ucap Miss Alice dengan senyum lebar. “I’ve waited for you since I wore this gown. How do I look?”

“You’re beautiful, Miss Alice!” pelajar-pelajar perempuan menjawab girang, persis anak-anak tahun satu.

“Toce sait! Dah, jom masuk! I’ve prepared speacial halal dishes for all of you. But still in western la.. Come!”

“Jom Bella”

“I’ve lost my mood,” ujar Bella, masih mematungkan diri memerhatikan teman-temannya berlalu pergi. Fikirannya sarat mengenai tahap kesihatan Azri. Dan yang paling penting, dia kurang pasti di mana letaknya ‘surat cinta’ yang dikarang olehnya untuk Azri. Serasanya ada dalam purse tapi.. rasanya dah bawak keluar. Ish, ish, ish... KUSUT!!!!!!

“Korang pergilah dulu! Kejap lagi aku surely masuk,” ucapnya, meyakinkan mereka. Dan begitulah dia ditinggalkan bersendirian di luar. Temangu-mangu memerhatikan para tetamu yang datang dan pergi. Mood dia sememang memangnya pecah!

Semua ni sebab pengambil purse semulajadi tu la! Kalau kau tak ada, tentu aku tak kusut macam ni. Macam mana kalau... kalau...’surat cinta’ tu kat dia? Tak naya aku!!

“Bella”

“Yes??”

“Kenapa tak masuk? You don’t like my day, do you? Or are you u

pset because our exchange students programme had being cancel?”

“Eh, taklah!” pantas Bella menggeleng. “I lose my appetite....as I see him!”

Mrs Robert tersenyum mendengarnya. Memang dia ada di tempat kejadian sewaktu agenda mereka baling-membaling kasut dan sembur menyembur. Entah penangan apa yang Puteri Nabilla berikan, sampai Iwan yang tak suka ambil kira hal yang remeh-temeh pun menjadi panasaran. Asal jumpa aja, mesti bergaduh. Jumpa aja mesti bertekak. Unik sungguh

“You’re laughing at me....”

“Sudah tentulah! You and Tae-Kyung are my students, and both of you have unique chakras. The two of you are excatly like cats and dogs!”

“Meaning....?”

“I am matured woman, and I’ve had gone through many experiences, and one of them is this particuliar relationship. How much did you hate him?”

“So berry...berry.. much. And sometimes, bila nampak muka dia aje, suddenly there are bugs in my stomach.”

“No no no... my dear. You should not do that. You know what? When you’re really mad at someone, by time passing, this feeling will turn to love. At that time, you’ll play with your own emotions. Semua tu pastinya effect your studying. Saya tak students saya fail dalam exam nanti. Did you get it?”

“Yes maam. Thanks for your courage. I really appreciate it.”

“Come!” ajak Mrs Robert lantas menarik tangan Puteri

Nabilla mengekorinya. “You pergi trip ke Langkawi nant, kan?”

“Yang ganti exchange students programme tu? I guess.”

“Tae-Kyung, you must take good care of her.”

Mrs Robert menguatkan suaranya ketika mereka melintasi meja makan pelajar-pelajar lelaki. Iwan, Azri dan Haikal yang sedang makan lantas berpaling terperanjat mendengar teguran yang tiba-tiba itu.

“Somehow, two of you’re wearing the same colour today!”

Para pelajar lelaki yang sedang makan, serentak menyakat.

Iwan dan Bella berpandangan. Kemudian, masing-masing menarik muka empat belas. Mrs Robert pula lekas-lekas meminta diri untuk melayan tetamu lain. Pandai dia mengenakan anak murid dia ya! Mentang-mentanglah hari ni wedding dia....

Sebelum berlalu ke meja pelajar perempuan, Puteri Nabilla sempat menghadiahkan jelingan maut untuk pelajar-pelajar lelaki bagi melepaskan geram. Namun, jelingannya hanya memanjangkan suara menyakat bebudak lelaki.

Arghhh.....!!!! Tensionnye aku!

Monday, June 28, 2010

Prince Charmin Sebenar - Bab 3


Tahun ini, sekolah ELC telah mengadakan pertukaran pelajar ke United State. Musim sejuk di UK bermula. Suhu sekeliling menjadi -5 darjah. Aku yang memakai muffler dan sweater biru laut sibuk membina mr snowman bersama Suria. Suria yang serba pink melemparku dengan satu bola salji. Kurang asam betul. Aku juga melemparnya. Musim sejuk di sini jauh lebih meriah berbanding Auster. Mungkin kerana suhunya yang agak tinggi berbanding suhu di Auster. Satu kelebihan musim sejuk ialah, kita tak payah kerap mandi sebab kita tak sempat berpeluh pun. Wah, tak payah mandi dahlah dapat makan soup hari-hari.

Satu snowman berjaya dibina. Aku dan Suria berbaring di atas permukaan salji itu. Aku terlihat Azri. Ya, itu Azri. Aku lihat Azri berjalan dengan perlahan dan terbongkok-bongkok. Pelik, nape Azri jalan macam tu.

“babe, cuba tengok si Azri tuh”

“Ok je aku tengok, Ella. Cuma kenapa Azri jalan macam tu. Eh, dia duduklah”

“ada yang tak kenalah. Let’s check it out”

Azri terduduk. Rasa ngilu yang dirasakan pada jantungnya semakin kuat. Jantungnya bagai dicucuk jarum yang tajam berulang kali. Aduh, sakitnya. Dadanya sesak dan berat. Ingin menarik nafaspun dia tidak mampu. Ya Allah, adakah kau akan menarik nyawaku sekarang. Ya Allah, izinkan aku menemui ibuka dahulu. Azri bangun. Sweater dan muffler yang membaluti tubuhnya ditanggalkan. Dia merasakan pandangannya kabur. Kepalanya berat dan akhirnya dia jatuh menyembah bumi yang bersalji. Salji yang lebat menyebabkan badannya ditutupi sedikit salji.

Aku tiba saat Azri jatuh. Aku dan Suria terpaku sebentar sebelum menjerit meminta tolong. Mujurlah handphoneku kubawa. Kami menelifon hospital. Ambulance tiba dan Azri diusung masuk ke dalam van itu. Aku dan Suria diarahkan masuk dan mengikut Azri.

Aku dan Suria terduduk mendengar cerita yang terbit dari mulut Pn Syarifah Salwani. Semua persoalanku yang menjadi tanda tanya kini terjawab. Azri menjadi begitu kerana masalah jantung berlubang yang menimpanya sejak dua tahun kebelakangan ini. Patutlah dia mengasingkan diri dan kelihatan pucat sepanjang waktu. Bibirnya biru dan dia sering menghilang sebaik sahaja kelas sukan dimulakan. Aku mengerti sekarang.

3 jam berlalu begitu pantas. Sebaik sahaja pintu kecemasan dibuka, kami mengerumuni doctor yang merawat Azri.

“No need to worry, Pn. May I know, bulan ni dah berapa kali dia pitam macam tu”

“4 kali setakat ini”

Aku mencongak. Bulan ini baru masuk 2 minggu. Maknanya dalam masa 2 minggu sudah 4 kali dia pitam.

“Ermmm, kerap juga. Azri memang kuat. Dia kuat semangat. Dia hanya menyebut Allah dan nama Puan sepanjang saya merawatnya tadi. Dia memang tabah. Azri terlalu letih mungkin kerana pertukaran musim yang berlaku sekarang ni. Puan jangan bimbang sangat. Kita bincang di bilik saya. kalau adik nak tengok Azri boleh.” Kata doctor Armani.

Aku dan Suria membuka pintu ini perlahan-lahan. Azri sedang tidur. Wajahnya pucat sekali. Aku dan Suria duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil. Azri terjaga 15 minit kemudian. Dia seperti ingin bangun.

“kau nak bangun. Biar kitorang tolong” kata Suria. Kami membantu Azri bersandar pada birai katil. Dia mencuba mencapai gelas yang berisi air. Aku lantas mencapai dan menghulurnya. Azri mengetap bibir.

“Kau nak pasang heater tak. Kau nak blanket lebih. Nak sweater??” soalku. Wajah Azri memerah.

“Dah cukup!! Jangan layan aku macam orang yang dah nak mati boleh tak. Aku benci tahu tak. Baliklah, aku serabut tahu tak! Balik, balik!” kata Azri keras. Selepas itu, dadanya dipegang. Aku dan Suria cemas. Kami mencuba membantu tetapi ditepis Azri.

“Balik!! Jangan malukan aku lagi” jerit Azri. Aku dan Suria terkejut. Kami keluar. Jangan malukan aku lagi?? Apa maksud Azri tadi. Bila masa aku ngan Suria malukan dia. Tak kenang budi langsung. Bukan nak ucap thanks ke terima kasih ke..ni siap kena marah lagi.

Aku terlihat mama Azri yang menangis di kerusi. Ayah Azri turut resah. Apa sebenarnya yang berlaku. Ada apa dengan Prince Charmingku??

Wednesday, April 21, 2010

Prince Charming Sebenar - Bab 2

Bella mengeluh sendirian. Akhirnya, setelah hampir dua puluh minit dia beratur, dapat juga dia membeli makanan untuk dimakan. Dia mengambil sepinggan nasi goreng berserta segelas air sirap dan membayarnya kepada salah seorang mak cik yang menjadi pekerja di kantin itu. Kemudian dia berjalan menuju ke meja untuk menikmati makanannya itu, tetapi semua meja telah pun penuh dengan para pelajar. Dia terus memerhati segenap ruang kantin itu, akhirnya dia ternampak satu tempat kosong. Tapi...


“ Ada lelaki tu la pulak kat depan tempat tu. Takkan aku nak bersemuka lagi dengan lelaki yang agak menyakitkan hati tu? ,” kata Bella sendirian. Kalaulah kawan-kawannya turut ada bersama dengannya pada waktu itu, mungkin dia akan duduk di situ, tapi sekarang mereka bertiga sedang bertugas di perpustakaan. Maklumlah, pustakawan sekolah yang bertanggungjawab.


“ Lebih baik aku tunggu meja kosong yang lain. Err, tapi sekarang dah pukul 10.25, lagi lima minit nak masuk kelas. Kalau tunggu nanti lewat pula. Ah, pergi duduk je la Bella. Kau jangan la pedulikan dia nanti ,” kata Bella kepada dirinya sendiri. Lalu dia pun berjalan menuju ke sana dan meletakkan pinggan nasi goreng dan gelas air sirap yang dipegangnya itu ke atas meja dengan agak kuat. Iwan yang sedang leka menikmati makanannya itu agak terkejut dengan kehadiran perempuan itu.


“ Eh, kau lagi?! ,” kata Iwan. Namun Bella pura-pura tidak mendengar kata-kata Iwan itu dan tidak menghiraukannya. ‘Sombongnya!’


“ Eh, semalam apasal kau gelak masa aku kena rotan?! Kelakar sangat ke ha??! ,” Iwan mula bertanya kepada Bella. Dia sememangnya berasa tidak puas hati melihat Bella ketawakannya semalam.


“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya pinjam mulut kau ,” Bella memulangkan buah paku keras Iwan semalam.


“ Eh, macam pernah dengar je ayat tu, tapi bila ye? ,” kata Iwan dalam hatinya.
“ Tangan kau macam mana? Takde sendi-sendi patah ke kena rotan empat das semalam? ,” Bella bertanya sambil menyindir Iwan. ‘ Eh, apasal pulak aku bercakap dengan dia? Aku kan tak nak pedulikan dia? ’


“ Ceh, patut la macam pernah dengar. Copy ayat aku rupanya ,” bisik Iwan dalam hatinya. “ Ni aku la, kena sepuluh das rotan pun masih cool lagi la. Best tau kena rotan
ni ,”kata Iwan kepada Bella.


“ Hah, suka cakap besar je! ,” kata Bella dalam hatinya sambil mencebikkan bibir. Dia terus makan dan tidak menghiraukan Iwan lagi. Begitu juga dengan Iwan. Masing-masing diam, sepi. Tapi, dengan tiba-tiba, Iwan mencapai gelas air sirap Bella dan tergopoh-gopoh meminumnya. Bella terkejut melihat kelakuan Iwan itu.


“ Hoi!! Apasal kau minum air aku?!! ,” jerkah Bella, namun dia masih menjaga volume suaranya itu agar tidak didengari oleh pelajar-pelajar lain. Mendengar kata-kata Bella itu, Iwan kaku seketika. Kemudian, air sirap yang penuh dalam mulutnya itu mula tersembur keluar dan jatuh ke atas nasi goreng Bella.


Melihat air sirap yang telah tersembur ke atas nasi gorengnya itu, darahnya mula menyelinap naik. Telinganya terasa panas sekali. Matanya membeliak memandang ke arah Iwan.


“ Hoi!!! ,” tengking Bella sambil berdiri dan menghentakkan tangannya ke atas meja. “ Kau dahlah minum air aku! Lepas tu kau pergi semburkan pula air dalam mulut kau tu atas nasi aku ni!! Kau ni memang menyakitkan hati, tahu tak?!!! ,” sambung Bella lagi dengan nada suara yang tinggi dan kasar. Lalu dia pun berlalu pergi dari situ menuju ke kelasnya. Iwan yang sedang memegang gelas air sirap itu tadi terpana seketika. Dia melihat ke sekelilingnya, semua orang sedang memandangnya.


“ Apa pandang-pandang??! Tak pernah tengok lelaki kacak ke?! ,” kata Iwan kepada mereka semua. Kemudian, dia bangun untuk pergi masuk ke kelas. Tetapi matanya telah menangkap satu objek berwarna biru berada di atas meja itu. “ Purse??,” katanya perlahan.

*********************************************
Iwan masih lagi membelek-belek isi kandungan purse itu. Tiada banyak sangat wang di dalamnya, hanya sekeping duit lima puluh ringgit, tiga keping duit kertas sepuluh ringgit, lima keping duit kertas seringgit dan beberapa duit syiling. Dia menarik pula kad pengenalan yang berada di salah satu poket purse itu.

“ Hmm, Puteri Nabilla Syazlina bt. Rasyid.. Rupanya perempuan tadi punya. Bella, pelik betul nama. Macam takde nama lain ke nak bagi? ,” kata Iwan sendirian.


“ Hei Iwan, yang kau bercakap sendirian tu apasal? Ha, tu apa yang kau pegang tu? ,” Edward yang duduk di sebelahnya menegur.


“ Takde ape-ape lah.. Eh, kau tahu tak budak ni belajar kat kelas mana? ,” tanya Iwan sambil menghulurkan kad pengenalan di tangannya itu kepada Edward.

“ Ni? Setahu aku, dia pelajar kelas 3 Vouge. Apasal kau tanya? Ni kad pengenalan ni kau ambil dari mana? ,” tanya Edward kehairanan.


“ Ada la tu ,” jawab Iwan ringkas. Kemudian dia terus menyelongkar purse di tangannya itu. Edward hanya diam melihat tingkah laku Iwan itu. Tiba-tiba, Iwan terjumpa sehelai kertas kecil di dalam salah satu lagi poket yang lain. Dia membuka lipatan kertas itu. Dia agak terkejut apabila melihat gambar Azri terpampang pada kertas itu. Di bawahnya kelihatan ada tulisan.


“ Oh Azri.. Kau lah pujaan hatiku.. ,” Iwan membaca tulisan itu. Kemudian dia memandang ke arah Azri yang berada di meja di tepi pintu kelasnya. Dia dengan Azri sememangnya tidak pernah sebulu. Dia kurang suka dengan sikap Azri yang sombong dan berlagak itu. Maklumlah dia anak orang kaya di tempat itu. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang akan mereka berdua gaduhkan. Nak bercakap baik-baik, haram sekali. Apatah lagi nak bertegur sapa.

Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Bagaikan ada mentol sedang bernyala di atas kepalanya. Dia mendapat satu idea untuk menyakat Bella.

Monday, March 15, 2010

Prince Charming Sebenar (Bab 1)

Dataran Elizebeth penuh dengan para pelajar dan guru-guru yang berhimpun sempena perhimpunan pagi. Tazkirah yang sedang disampaikan oleh Ustaz Taslim yang merupakan satu-satunya guru Pendidikan Islam didengar dengan penuh khusyuk. ‘ Qada’ dan Qadar Allah ’, itulah tajuk yang dipilihnya pada hari itu.

“ Setiap pertemuan, perpisahan, jodoh, dan kematian sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi ,” Iwan sempat menangkap
beberapa patah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz itu dari jauh. Setahu dia, sudah lebih 30 minit dia berdiri di tepi pagar sekolah itu. Dia sendiri tidak sangka dia akan terlewat untuk ke sekolah pada pagi itu. Sekarang tak pasal-pasal kena denda. Inilah padahnya kalau layan TV sampai lewat malam. Dia tercari-cari bangku untuk duduk, tetapi setelah dia melihat kelibat Cikgu Idris, guru disiplin yang berada tidak jauh dari situ, dia membatalkan niatnya itu. Bimbang kalau akan dijerkah lagi oleh guru tergarang di sekolah itu nanti.

Beberapa ketika kemudian, dia terdengar bunyi seperti enjin motor dari luar pagar sekolah. Lalu dia cuba mengintai-intai ke luar pagar itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan berpakaian uniform sekolah dengan sebuah beg disandang di atas bahunya. “ Biar betul! Pukul 8.30 pagi baru datang?? Aku ingat aku ni paling lewat, tapi rupanya ada lagi yang lebih lewat dari aku rupanya ,” bisik hati Iwan.
“ Hoi!!! ,” kedengaran suara yang lantang menjerkah pelajar perempuan itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Cikgu Idris. Oleh kerana terperanjat, pelajar yang sedang menuntun motornya untuk dibawa masuk ke kawasan sekolah tiba-tiba terlepas motor yang dipegangnya itu. Serentak dengan itu, motor itu terbalik dengan satu bunyi yang agak kuat. Melihat kejadian itu, Iwan mula ketawa terbahak-bahak. Cikgu Idris yang mendengar tawanya itu mula melontarkan pandangan yang tajam kepadanya.

Menyedari itu, dia segera menghentikan tawanya itu.
Bella kelihatan muram sekali. Apa tidaknya, motornya habis jahanam gara-gara kena jerkah oleh Cikgu Idris itu tadi. Tambahan pula dia terpaksa berdiri di sebelah lelaki yang sejak dari tadi asyik tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah la muka, gaya, penampilan sebiji macam pesakit Tanjung Rambutan. Dia menjeling tajam kepada Iwan. Walaubagaimanapun, Iwan terus tersengih teringatkan tentang kejadian beberapa minit tadi.

“ Woi, apa yang lucu sangat tu? Sampai kau tersengih sampai ke telinga tu? ,” Bella yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku Iwan itu mula bersuara.

“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya aku pinjam mulut kau ,” balas Iwan pula.

“ Motor kau macam mana? Tak ada sendi-sendi mana yang patah ke? ,” sambung Iwan lagi cuba menyindir Bella diiringi dengan tawanya.


“ Motor aku, lantak la nak patah sendi ke, putus urat ke. Yang kau sibuk tu apasal?,” balas Bella pula. ‘ Aku tengah bad mood ni, boleh pula dia ketawa ’desus hatinya.

Iwan masih tersengih sendirian kerana dapat menyakat gadis di sebelahnya itu. Menyakat orang, memang itulah hobinya.
Hampir satu jam telah berlalu, akhirnya perhimpunan pagi yang diadakan itu tadi telah berakhir. Dan sepanjang tempoh itulah Bella dan Iwan terpaksa berdiri di tepi pagar sekolah itu.

“ Ha, kamu berdua! Mari sini!!,” panggil Cikgu Idris setelah semua pelajar bersurai. Kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangannya.Rotan!! Iwan dan Bella mula kelihatan cemas.
“ Kau pergi dulu la ,” kata Bella sambil menolak sedikit Iwan ke depan.

“ Eh, apa kau ni? Aku ni lelaki gentleman, tahu? Aku selalu pegang prinsip ladies first. So, kau jalan dulu, aku ikut belakang ,” kata Iwan.

“ Hoi, cepatlah!!! ,” jerkah Cikgu Idris. Dengan serta-merta Iwan berjalan pantas menuju ke arah Cikgu Idris. “ Hah, ladies first konon ,” kata Bella dalam hati sambil tersenyum sendirian. Perhatiannya tertumpu pada kaki jejaka itu. Aik?? Takkan terseliuh kot...


“ Kamu, kenapa lewat? ,” tanya Cikgu Idris sambil memandang ke arah Bella.

“ Err.. saya.. saya terlewat bangun cikgu ,” jawab Bella tergagap-gagap.

“ Bangun lewat?? Nak sekolah ke tak nak ni? Hulurkan tangan! ,” lalu Bella menghuluran tangannya perlahan-lahan. Dia dapat lihat Iwan yang berdiri di sebelahnya sedang menahan tawanya.
Pap! Pap! Dua kali rotan telah diberikan kepada Bella. Tangannya berasa sangat perit.

Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Iwan bersama Cikgu Idris. Dari jauh, dia berhenti seketika untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Cikgu Idris kepada Iwan.


“ Mana tie kamu? Lencana tak pakai! Hulurkan tangan kamu!,” tinggi suara Cikgu Idris. Bella dapat dengar 4 kali rotan telah diberikan kepada Iwan. Lebih banyak daripadanya, mungkin kerana kesalahan disiplin yang dilakukannya itu. Bella ketawa sendirian, dari jauh kelihatan Iwan sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Lalu dia segera berlari pergi dan menuju ke kelasnya.

Saturday, March 13, 2010

Prince Charming Sebenar - Prolog

Genap sebulan aku pulang ke Malaysia dan masuk 3 minggu 7 hari aku bersekolah di ELC International School. Persahabatanku dengan Suria berjalan lancar. Sebenarnya, nama sebenar dia bukan Suria. Aku pun tak tahu nama sebenar dia apa. Tapi sebab mata dah macam suria, kira ngam arh, suria punye bantaian. Suria baik dan peramah orangnya. .Terlebih peramah sebenarnya. Jadi, sesiapa yang tak boleh tahan dengar radio percuma 24 jam memang tak boleh tahan kawan ngan Suria ni. Aku pon letih dok melayan dia bercakap hari-hari. Kalau ada gaji takpe jugak. Tiba-tiba Suria datang.

“Bella, let’s go and check our result.”

“Jom”

Aku ngan Suria berlari-lari penguin ke exam board. Suria dapat no………5. ok ler. Dah kata anak negara U.S.A. for sure arh takleh nak cover exam negara Malaysia punye. Aku pulak. Pusing punya pusing tak jumpa. Pusing lagi…no….10/150 orang murid. Ini satu pencapaian yang membanggakan. Aku tengok Suria semood je.

“Jangan sad ok. Ni baru 1st exam tahun ni. Jangan sedih-sedih ok. Don’t take it seriuslah. Biasalah..kalau stakat monthly test ni takde maknanyalah. Kalau PMR tahun ni, kalau kau fail kau nak melalak pon, I don’t care”

Aku sengeh. Dia ingat aku sedih ke?? Mana ada sedih, baby. Dengan exam pertama dan tak baca apa-apanya, aku berjaya dapat no 10 out of 150 student,. Tak bangga ke. Dahlah BM and Sejarah banyak aku taram. Hantar kertas pun dgn jawapan yoyooo.. je siap dengan singnature lagi tu. Dapat no 10 kira ok la tu.

“Bella, kau tak sedih kan?? Gila selamba la kau ni. Kalau si Tina tu dapat no stage kau dapat ni, gerenti dia suicide. Kau ni coollah. Ni aku sayang ni”

“Buat apa nak sedih. Aku bangga tahu tak. Even, hantar kertas taram masih tak dapat no last. It’s ok kan no 10 out of 150 students. I’m so happy. Thanks coz sudi jadi kaunselor aku. Jom I’ll street you.”

“Bukan streetlah, Bella. Treat…”

“Ye eh..street tu mende??” soalku dengan bendulnya

“street tu jalan bertar. Kau nak belanja aku jalan bertar ke??”

“Er…boleh jugak..” kataku. Tar tu apa!!! Arghhh, tension betul speaking dengan minah salleh ni. Banyaps mender taidak faiham.., ni lah susahnye.. siapa suruh menetap kat negara terbit matahari. Kan dah konfisei....

Sepanjang perjalanan ke café yang terpaksa melepasi ELC Squash court dan ELC pool, mulut Suria tak berhenti bercakap. Pot…pet..pot..pet..aku gunting buat steak jugak mulut minah ni. Aku nak hidup ngan aman dan tenteram pun tak boleh. Suria citer pasal kucingnya si Milo, famili..mende gitu jelah. Korang tak kesiankan aku ke. Tiba-tiba…

“Aku nak tanya kau sesuatulah. Tapi jangan gelak tau”

“Tanya apa my dear Bella”

“Boleh tak citer sikit pasal mamat nerd yang macam bisu dalam kelas 5 Dignity”

“Budak nerd bisu siapa?? Owh, si Azri ke?? Zalimnyer nickname kau bagi kat dia. Dia tu gile handsome walaupun tahap skemanya memang cipan dan gaban. What do you need to know about him???”

“everything..especially nape dia nerd sangat??? Itu yang paling penting”

“Pasal kes nerd dia tu, I could not answer. Tapi, jangan under arrest kat dia tau. Dia tu 2 tahun kebelakangan ni baru masuk club nerd. Dulu, kalau bab sports tolak nettball je dia tak masuk. Pidato, debate, storytelling, coir, musabaqah semua dia concure. Terror tak?? Tapi, don't no lah, kenapa 2 tahun ni dia jadi gitu. Semua compertition dia tolak. Takhta Prince of ELC pon dia tak masuk nomination.”

“ye ke. Alah, kenapa kau tak tahu. So, sape dapat takhta prince tu?”

“Budak korea muslim tulah. Si Haikal tu. Gorgeous siot macam Lee Dong Wook”

“Apa, cik woook..nama kucing ke tu.”

“Takpelah, kau bukannya kenal pon. Buat sakit hati je”

Setibanya aku dan suria di café, kami berpecah dan membeli makanan masing-masing.

Mee rebus panas menggelegak yang baru dibeli aku tatap dalam dulang. Wah sedapnya. Sejuk gini dpt minum soup and coffee ni nampak cute je... Sayang pulak rasanye nak minum. Aku menuju ke arah Suria yang sudah duduk di bangku. Fikiranku menerawang jauh..

“Pasal kes nerd dia tu aku tak boleh jawab. Tapi, jangan under arrest kat dia tau. Dia tu 2 tahun kebelakangan ni baru masuk club nerd. Dulu, kalau bab sports tolak bnettball je dia tak masuk. Pidato, debate, storytelling, coir, musabaqah semua dia concure. Hebat tak?? Tapi, entahlah, kenapa 2 tahun ni dia jadi gitu. Semua competition dia tolak. Takhta Prince of ELC pon dia tak masuk nomiation.”

Kata-kata Suria berputar ligat di benakku. Kenapa Azri berubah sejak 2 tahun kebelakangan ni. Kenapa dia join club nerd kalau dulu dia glemer kat ELC ni. Kenapa dia bisu dan tak bercakap dengan orang lain kecuali cikgu. Hisy, banyaknya persoalan pasal kau, Azri. Entah bilalah akan kutemui jawapan kepada semua persoalan ini. Sedang asyik melayani perasaan, tiba-tiba sedikit coffee tumpah di atas tanganku. Wah..panas giler!!! Dengan menatang dulang tersebut dengan satu tangan, aku berjalan dengan menahan kesakitan. Tiba-tiba…

BUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!

Aku terlanggar seseorang. Dulangku jatuh ke lantai. Aku terpana. Terkaku seolah-olah orang bodoh dan memerhatikan Azri yang kulanggar mengutip mangkuk dan gelasku. Aku memandang sahaja umpama orang bodoh. Pergerakannya seolah-olah dalam mode slow. Semuanya kelihatan slow dan bergaya. Wah, handsomenya!! Dan apabila Azri menghulurkan dulangku, aku masih berkhayal.

“Ehem…” dia berdehem. Aku tersentak. Tiba-tiba Suria datang dan menatang dulangku. Dia menyiku. Aku tersentak. Kali ini sepenuhnya.

“thanks, Azri” kata Suria. Dia mencerlung ke arahku. Aku tersedar.

“Er… thanks” kataku terketar-ketar. Dia hanya mengukir senyuman dari bibirnya yang agak kebiruan itu. Suria membawaku ke tempat bangku. Aku masih tersenyum sendirian. Suria kaget

“Bella, are you ok, babe”

“I hope I’m ok, but…I think I must be crazy. Aku..aku..aku rase Azri tu handsome and he’s prince charming. The perfect one. Arghhh, aku dah gile. Tak mungkin”

Suria ternganga. Aku tunduk.

“Tonight, balik nanti, you buat solat isti.. solat istikarah. find out yor true feeling about him. betul ke tu perasaan suka atau..aku mana tahu tu perasaan kau. Sekarang ni relax, aku pergi beli somethin’ untuk kau”

Sebaik sahaja Suria pergi, Azri melintas dihadapanku. Dengan tekad yang tinggi, aku memanggilnya. Sebaik sahaja dia berpaling mulutku terkunci sekali lagi.

“Thanks pasal tadi. Sorry kalau meal saya kotorkan baju awak tu. I hope you don’t mind”

Dia hanya mengangguk formal. Aku terkesima. Angguk je. Sombong betul. Ade tongkol emas ke dalam mulut kau tu!!! Eiii, sebal….maybe feeling aku tadi hanya gurauan. Pukkishinae…

*pukkishinae maksudnya, what a joke…